I'm a Directioner
![]()
I love One Direction very much! I'm in love with them and all their little things. Hahaa ;)
Serafina Credits ![]() ![]() ![]() ![]()
| Dialah ABAH :'(
Assalamualaikum. Sebagai permulaan entry ini, mohon semuanya luangkan masa satu minit sahaja untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abah saya, Ponidi bin Kadir. Al-Fatihah ~
Amin ya rabb ~ Ahad - 12 Ogos 2012 / 23 Ramadhan 1433 - 1:30am Pada hari, tarikh dan masa tersebut saya telah kehilangan seorang insan gagah perkasa yang bergelar ABAH. Insan yang gagah itu telah meninggalkan keluarganya di dunia ini dan kembali kepada Yang Maha Esa. Innalillahi wainna ilaihi roji'un ~ Ya Allah :'( Semuanya bermula pada hari Khamis - 9 Ogos 2012. Ketika arwah pulang dari pusat haemodialysis, arwah mula mengadu sakit-sakit badan. Kelihatan bahagian hadapan, kanan badannya bengkak berbanding bahagian kiri. Pada malam itu, arwah minta diurut dan ketika itu juga arwah berbual dengan saya. Rindukan suaranya itu :'( Abah : Adik ada belajar kan dekat sekolah, bahagian ini apa? Jantung ya? Tiba-tiba terdetik di fikiran bagaimana keadaan arwah nenek saya (ibu kepada arwah). Meskipun ketika itu saya masih lagi seorang anak kecil, tapi saya sudah tahu apa yang dialami oleh arwah nenek. Tak silap saya ketika itu di hospital, saya mendapat tahu arwah nenek sakit kerana ada sejenis lendir di dalam kepalanya. Sedih sekali melihat keadaan arwah pada ketika itu. Umi cakap arwah tidak mahu dibawa ke hospital. Saya terus menangis setelah arwah abah bertanya tentang paru-parunya. Tapi mengapa tidak sedikit pun saya terfikir untuk memberitahu perbualan itu kepada umi dan abang? Jika tidak, pasti akan segera dibawa ke hospital. Masih terngiang-ngiang di telinga tentang pesanan arwah. "Adik sama abang belajar rajin-rajin ya" Saya mula berfikir, apa yang arwah katakan pada ketika itu. Mengapa? Keesokan harinya iaitu pada hari Jumaat - 10 Ogos 2012, seperti biasa arwah akan ke dapur untuk menemani umi membuat kuih. Kebiasaannya arwah akan membantu apa yang dia mampu tapi umi kata ketika itu arwah tidak larat untuk membuat apa-apa. Arwah berkata, "Lepas nie abang da tak boleh tolong umi lagi. Macam mana ye?". Jadi umi suruh arwah berehat saja di dalam bilik. Malam tu keadaan arwah jadi semakin parah. Ya Allah, saya terasa takut sangat akan kehilangan arwah pada ketika itu. Lalu saya berdoa : Jumaat - 11 Ogos 2012 - 7:30am, umi call ambulance untuk ambil arwah di rumah. Keadaan arwah sudah terlalu lemah. Tak sangka yang doktor sendiri tak tau kenapa dengan arwah sebenarnya. Satu perkara yang saya perasan, tangan kanan arwah kalau disentuh atau diangkat sikit je, arwah akan memekik. Seperti merasakan kesakitan yang amat sangat. Tak sanggup dengar suaranya mengerang kesakitan. Ya Allah :'( Malam tu arwah dimasukkan ke ICU. Keadaannya sudah kritikal. Umi hantar saya pulang ke rumah, saya ada trial PMR, jadi saya kena study. Pukul 11, umi call suruh bacakan Yaasin untuk abah. Abang cakap arwah nazak ketika itu. Ya Allah, berderai air mata. Segera saya, abang dan makcik pergi ke hospital. Saya mendesak nak masuk jugak wad ICU tu walaupun hakikatnya hanya dibenarkan masuk 2 orang je. Pada ketika itu, saya hanya mampu berdoa, "Ya Allah, jika benar Engkau mahu mengambilnya daripada kami, permudahkanlah urusan matinya Ya Allah. Janganlah Engkau memberi kesakitan kepadanya" Setelah lama menunggu, jam menunjukkan pukul 1:30am. Doktor : Maaf puan. Nampaknya da takde harapan lagi. Kami da tak boleh nak tolong. Saya tak mampu nak buat apa-apa masa tu. Cuma mampu menangis, mengharapkan dia kembali, tidak mungkin sama sekali. Saya merenung alat pengesan nadi, berharap agar alat itu menunjukkan sesuatu yang positif, barangkali jantung abah boleh kembali berdegup. Tapi semua itu tidak mungkin berlaku. Nyawanya telah diambil oleh malaikat maut. Abah, adik tak sempat nak minta ampun dari abah. Adik banyak salah kat abah. Adik minta maaf bah :'( Abah, adik nak tunjukkan slip peperiksaan adik kat abah. Mungkin adik boleh dapat 8A. Tapi abah da takde. Abah, adik menyesal bantah cakap abah, tak hiraukan pesanan abah selama nie. Abah, kalau diberi kesempatan adik nak jumpa abah lagi sekali je bah. Adik nak peluk abah, nak minta maaf kat abah, nak cium abah puas-puas. Adik nak jumpa abah. Boleh tak bah? Abah tengah tengok adik kan bah? Adik tau :'( Abah, abah seorang ayah yang terbaik pernah adik jumpa dalam dunia nie. Abah segala-galanya dalam hidup adik. Abah kuat, tegas, penyayang, berdisiplin, baik, pemurah. Banyak sifat mulia yang ada pada abah. ABAH, I LOVE YOU SO MUCH <3 *Kematian boleh datang bila-bila masa sahaja. Sayangi laa ibu bapa kalian dan dengar laa nasihat mereka selagi mereka masih hidup dan berada di sisi kalian. |