I'm a Directioner
![]()
I love One Direction very much! I'm in love with them and all their little things. Hahaa ;)
Serafina Credits ![]() ![]() ![]() ![]()
| Result
Hai blog! Lama da aku tak update kau. Erghh, macam-macam kerja aku kena buat. Takde masa sangat nak hadap kau. Even aku tidur lewat cuti sekolah nie, aku banyak habiskan masa buat kerja, merayap and main mesej je. Mesej siapakah? Crush. Hahaa, bwekk :P Cuti nie tak kerja ke? Ramai orang tanya aku pasal tu. Tak laa, bukan malas. Tapi aku prefer nak habiskan kelas Bahasa Inggeris aku dekat Menara Landmark. Ye laa, daripada tak buat apa-apa sementara tunggu result PMR keluar kan. Btw, bila result PMR keluar eak? Macam-macam berita aku dapat daripada budak-budak kat Facebook and Twitter. Ada yang cakap result keluar 19 Disember laa, 22 Disember laa, 24 Disember laa, itu laa, ini laa. Pening mak oii ~ Tapi kan, aku harap sangat result PMR tu keluar cepat-cepat. Aku da tak sabar da nie. Bukan apa, aku takut je. Selalunya kan kalau exam je cikgu da siap tanda terus bagi ann. Jadi kita dapat kira sendiri berapa A yang kita dapat. Ini? Nak cuti pun tak tenteram. Resah gelisah dibuatnya. Macam cacing kepanasan da. Aku seram je result English dengan Bahasa Melayu aku :/ Sekarang nie aku cuma mampu berdoa dan bertawakal je. Serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa. Ya Allah, berikanlah aku kejayaan dalam hidup. Aku ingin membahagiakan kedua-dua orang tuaku dengan keputusan cemerlang dalam PMR. |