|
I'm a Directioner
I love One Direction very much! I'm in love with them and all their little things. Hahaa ;)
Serafina Credits Template by : Farah Dini Basecodes by : Nurul AtiQah Edited by : YOUR Faryn Ponidi Others: ♥♥♥
| Kami hebat
Alhamdulillah. Kelas 3UM ada lima orang yang dapat straight A's. Tahniah buat Rohman, Afiq, Ain, Aini and Syuu. Yang lain? Ramai yang dapat 7A1B termasuk laa aku. Dan yang B tu pulak kebanyakannya subjek English. Hahaa, aku tak tau kenapa soalan English tahun nie susah sangat :/ Bagi yang kurang A tu, bersyukur ya sayang. Mungkin lain kali, SPM masih ada. Harap dapat buat yang terbaik nanti. Sebenarnya awal pagi lagi, sebelum aku pergi sekolah aku da standby phone kat tangan. Pukul 10.10pagi, aku terus send nombor IC dengan angka giliran kat talian MySMS. Sebenarnya nak cakap yang aku da tau result aku sebelum aku jejak kaki kat kawasan sekolah lagi. Aku ingatkan B tu subjek Sejarah, sebab aku sangat laa lemah dalam subjek tu. Tak suka pun ye jugak. Nak buat macam mana, suka je laa :D Masuk dewan, aku dengan Iqa sama-sama ambik result kat Cikgu Dalily. Cikgu : Awak target berapa A, Iqa? Sungguh aku tak sangka. Mula-mula ingatkan kalau Sejarah dapat B, tak jadi nak jumpa Cikgu Halidah. Finally, aku terus lari kat Cikgu Halidah. Aku salam dia, aku peluk dia, cium pipi kiri kanan, "Cikgu! Sejarah saya dapat A!" Teruja sangat masa tu. Cikgu cakap dia memang yakin aku boleh. Terima kasih, cikgu :) Bila fikir-fikir balik, Iqa nie macam check MySMS jugak sebab tu dia cakap dia dapat 5A. Tanya dia, rupanya betul. Hahaaa :D Cuma masing-masing segan nak bagitau yang masing-masing main MySMS tu. Time datang sekolah tu, tunggu member kat bus stop. Bila Muha sampai je, aku tarik Muha. Aku tanya dia, "Kau ingat tak nombor IC Iqa yang belakang?" Kononnya nak check sekali, tapi Muha tak ingat. Aku pun boleh tak ingat :/ Untunglaa Iqa dapat check aku punya sebab nombor IC aku senang. Grr ~
Kesalahan yang paling besar bukanlah kegagalan, tetapi adalah berhenti dan menyerah sebelum merasakan keberhasilan. Kawan-kawan, please don't and never give up. Kita hebat kan? Jadi kalau keputusan kali nie kurang memuaskan, tak apa. You must try harder. We can do it!
Menunggu dan menanti
Menunggu dengan menanti tu sama laa.. 19 Disember 2012, kenapa dengan tarikh tu? Result PMR keluar wehh. Tak sabarnya! Da lama sangat aku tunggu benda nie, finally... Katanya result keluar pukul 11 pagi. Member-member ajak gerak sekolah pukul 10.30 pagi. Ok cun je. Ehh, talian MySms bukak pukul 10 pagi laa. Nak check dulu ke tak nak eak? Kalau check dulu kang tak surprise. Tapi kalau tak check, rasa macam tertanya-tanya pulak. Macam mana eak? Terima kasih buat kawan-kawan dan guru-guru yang mendoakan saya dapat 8A. Saya hargai :) Ya Allah, berikanlah keputusan yang cemerlang kepadaku Ya Allah. Berikanlah aku keputusan 8A dalam peperiksaan PMR ini Ya Allah. Hanya kepadaMu aku berserah ~ Btw, esok aku macam nak off phone pulak. Hahaa, biar semua orang tak dapat tanya result aku termasuk laa family aku. Jahat kan? Ngee ~ Masalahnya semua da plan nak call aku pukul 12 tengah hari, nak tanya result. Elak aku jawab, "Datang laa rumah, tengok slip keputusan kita nie" Amacam? Hahaa ~ Tak boleh tidur nie, kenapa eak? Kenapa aku tak sabar sangat nie? Baju da siap iron da tadi, kasut masih bersih so malas nak kapur balik >_< Result! Esok i datang ambik u. Jangan lambat keluar taw. iloveyou result :) Selamanya Harimau Malaya!
Assalamualaikum. Malaysia kalah dengan Thailand? Tengok laa padang yang dia bagi macam mana. Tak lupa jugak nak suruh tengok pengadil dia macam mana. Adil sangat kan? Menyampah pulak. Errr ~ Encik Pengadil, awak nie makan rasuah ea? Orang lain yang salah, orang lain yang kena. Kalau aku ada kuasa, da lama aku tak bagi kau jadi pengadil. Kenapa? Diorang suap kau berapa banyak duit? Ke diorang tawarkan kau makan Tom Yam satu tong sehari selama sebulan? Malaysia bagi padang untuk korang buat latihan elok taw, tapi korang balas dengan padang yang macam sampah. Ya Allah, kononnya takut padang rosak. Elok sangat ke padang kat stadium kau tu? Grr ~ Apa-apa pun, Harimau Malaya tetap di hati. Yaa, selamanya Harimau Malaya! Sentiasa menyokong Harimau Malaya. Sentiasa suka NORSHAHRUL IDLAN TALAHA. Ehh? Hahaa, bwekkk :P Sukanya aku dapat jersi baru nie. Umi kita belikan. Hahaa, I loikee. Nanti nak beli yang warna biru pulak. Baru caraaa :D Gitar
Yeepie, I've got a new guitar! It's given by Umi. Thank you Umi, you know what I want :) Tapi dalam gambar tu bukan gitar aku. Gitar aku of course warna hijau hitam. Favourite colour ;) Lain kali aku post gambarnya k. Masa da suntuk nie, sebenarnya aku nak kena siap-siap sekarang nak pergi kelas Bahasa Inggeris. Tapi aku sempat menyempat aje hadap blog kejap. Heee ;) Sebenarnya nak cerita, semalam S datang rumah aku. Dia nak pulang buku and bagi aku buku rujukan. Maklum, budak baru habis SPM. Then dia cakap nak tengok gitar aku. Aku keluarkan laa. Sekali dia mainkan satu lagu tu depan aku. Ehh awak, sweet laa :D Pulak tu masa dia lupa chord, dia nak search kat video dalam phone dia. Dipeluknya gitar tu. Wahh, memang lepas nie aku peluk je gitar aku tu. Gedik je kan? Biar laa. Bwekkkk :P Tu je nak cakap sebenarnya. Hahaa, annoying. K nak siap-siap. Bye :D Result
Hai blog! Lama da aku tak update kau. Erghh, macam-macam kerja aku kena buat. Takde masa sangat nak hadap kau. Even aku tidur lewat cuti sekolah nie, aku banyak habiskan masa buat kerja, merayap and main mesej je. Mesej siapakah? Crush. Hahaa, bwekk :P Cuti nie tak kerja ke? Ramai orang tanya aku pasal tu. Tak laa, bukan malas. Tapi aku prefer nak habiskan kelas Bahasa Inggeris aku dekat Menara Landmark. Ye laa, daripada tak buat apa-apa sementara tunggu result PMR keluar kan. Btw, bila result PMR keluar eak? Macam-macam berita aku dapat daripada budak-budak kat Facebook and Twitter. Ada yang cakap result keluar 19 Disember laa, 22 Disember laa, 24 Disember laa, itu laa, ini laa. Pening mak oii ~ Tapi kan, aku harap sangat result PMR tu keluar cepat-cepat. Aku da tak sabar da nie. Bukan apa, aku takut je. Selalunya kan kalau exam je cikgu da siap tanda terus bagi ann. Jadi kita dapat kira sendiri berapa A yang kita dapat. Ini? Nak cuti pun tak tenteram. Resah gelisah dibuatnya. Macam cacing kepanasan da. Aku seram je result English dengan Bahasa Melayu aku :/ Sekarang nie aku cuma mampu berdoa dan bertawakal je. Serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa. Ya Allah, berikanlah aku kejayaan dalam hidup. Aku ingin membahagiakan kedua-dua orang tuaku dengan keputusan cemerlang dalam PMR. Selamat hari lahir, kawan
Sejujurnya, aku dapat tahu pasal tarikh 27 November nie pun daripada Iqa. Kalau tak mesti aku da terkejut beruk tengok birthday event kat Facebook. Beruk pun tak mananya nak terkejut macam tu. Tapi aku rasa macam sebal pulak. Ok, celebrate birthday dengan paper Perdagangan. Best? SAHABAT, usia yang Tuhan kurniakan ini hiasilah ia dengan amalan yang murni. Semoga ia menjadi temanmu di akhirat yang kekal abadi. Selamat hari lahir yang ke-17 :) Hakikatnya aku malas nak wish sendiri kat kau. Sama ada kau tahu keberadaan blog nie atau tak tu aku tak pasti. Rasanya tak, tapi kalau kau jumpa entry nie kira kau tahu laa yang aku wish senyap-senyap. Sebal kott nak wish sendiri dekat kau. Aku saja je stalk profile kau. Saja nak tengok berapa ramai yang da wish. Tapi aku cuma mampu cakap "Happy Birthday" dalam hati je. Ahh, sakit hati aku berbekas lagi. Aku pun tak tau kenapa aku sakit hati dengan kau masa tu. Memandangkan hari nie birthday kau, malas je nak ungkit pasal nie. Lagipun kau SPM, ishh memang malas laa nak cakap pasal nie. Biar kau tenang kejap jawab paper Perdagangan tu. Kbye :) Minat baru
Nak dijadikan cerita sebenarnya Isnin lepas aku pergi rumah Mila, dia buat BBQ. Tengah duduk lepak-lepak dalam rumah dia tiba-tiba Iqa pergi main piano kat rumah Mila tu. Aku pun tengok macam best je sebab ada not lagu 'Bila Cinta'. Mula-mula macam tak minat sangat. Awal-awal da give up sebab jari keras kejung sangat. Ye laa, main piano tu alunan jari kena lembut. Grr ~ Esoknya pulak balik kampung. Teringat pulak yang kat rumah atok tu ada piano. Haa apa lagi? Belasah laa. Tapi Iqa yang banyak kali main piano tu sebab dia da expert sikit. Ye laa, masa kat rumah Mila tu aku da balik dulu dia still stay kat situ belajar piano puas-puas. Mana taknya. Senyap-senyap aku dok download application Electronic Piano kat netbook aku yang kecil comel molek tapi tak berapa lawa nie. Astaghfirullah, bersyukur laa dengan apa yang ada. Alhamdulillah :) Duduk sorang-sorang gitu, bosan pulak. Malu punya pasal tak pandai main piano, aku pun pasang earphone kat netbook nie. Jadi kalau not salah sekalipun, aku je yang dengar. Orang lain tak boleh dengar. Jadi yang tukang ketawakan siapa? Diri sendiri >_< Test punya test punya test, "Yeahhh! Yesss!". Mata adik sedara memandang aku tajam. Wahahaa, ganggu ketenteraman kau ke? Maaf laa ye. Excited benar sebab aku dapat mainkan lagu 'Bila Cinta'. Aku call abang Alip semata-mata nak suruh dia dengar aku mainkan lagu tu. Tapi aku pakai kod untuk clarinet. Mesti dengar macam piano mainan :/ But lastly dia puji. Dia siap cakap lagi, "Adik siapa laa nie?". Hahaa, lempang kau baru tau. Adik angkat kau laa. Sekarang, aku dalam proses nak belajar mainkan lagu 'Ombak Rindu'. Hahaa, mengapakah lagu jiwang semua aku pilih nie? Elehh, bagi lagu One Direction kang terkejut :) PMR is horror !
Ha'ahh ye, elok laa tu. "Close your eyes and it will be alright". Cik, kalau kau tutup mata kau macam mana kau nak jawab exam? Cakap sikit. So today dah masuk hari ke-3 peperiksaan PMR dijalankan. "Hoii! Boleh pulak kau nak update-update bagai nie!". Hoii, suka hati aku laa. Esok takde paper ok? Harap maklum. 3 hari yang ada nie memang aku nak fully relax-kan kepala otak aku yang hampir pecah disebabkan menjawab soalan-soalan Bahasa Melayu Kertas 1, Bahasa Inggeris Kertas 1, Sains Kertas 2 and Sejarah. Keluar je bilik peperiksaan... "Amacam? Boleh jawab tak Sejarah?" tanya sorang member. Aku? Aku diam je sambil buat muka cemik. Hello cik kakak, pernah kau dengar aku cakap "I love Sejarah. My favourite subject is History. Hewhewhewwwwww". Pernah? Tak kan? So takde maknanya aku akan jawab SENANG. Perkataan SENANG tu laa yang paling susah aku nak describe pasal Sejarah. Kenapa? Kenapa aku tak boleh nak pupuk minat yang dalam untuk subjek tu? Aku iri hati bila member-member cakap soalan Sejarah tu, "Boleh laa, tak susah sangat". Aku fikir member yang rapat dengan aku akan rasakan perkara yang sama dengan aku. Tanggapan aku salah. Ye diorang pandai Sejarah, aku tak pandai Sejarah *ayat pasrah kunun. Aku macam terdiam kejap laa. Ingatnya nak ngadu kat diorang betapa susahnya soalan Sejarah tu. Tapi tengok diorang macam happy je dengan soalan tu. Terus tak jadi nak ngadu. Kang terserlah kecetekan akal Sejarah aku nie. Bak kata Aina... "Bila teringat kertas Sejarah, susah hati" Macam nak mati -..-' Astaghfirullah ~ Abang Alip kemik cakap yang dah lepas tu lepas je. Fokus untuk Math dengan Kemahiran Hidup pulak. K aku cemas rimas lemas dengan Kemahiran Hidup sebenarnya. Pada mata orang lain, memang senang. Tapi aku lain :( Buku? Mana kau? Ok da jumpa. Nak baca buku dulu :) PMR ohh PMR
Can I meet you Abah? I'm really really miss you :'( Heyy guys! I was not updating my blog for a long time. Yaa PMR is just around the corner. 15 days to go from now. What a short time -_-' I feel like it is so good if I could turn back time rewind and be a UPSR candidates again. But why I'm here? Why I'm not sit and open my book for revision? Ohh please, I need some times to relax my mind. Ohh yaa, just now I've got something from my teacher. Actually it is not only me but it can be like 'Anugerah Pelajar Cemerlang Percubaan PMR'. The present is actually to make us try harder to get straight A's in PMR. I've got 6A2B for my PMR Trial Examination. Well, that is a good improvement for me. Why? Because last time, I've got the worst result for my Mid-Year Test. It is 4A2B1C1D. Ohh that's my bad :/ Alhamdulillah now I can catch up my studies. I hope that I can get straight A's for my PMR Examination. It will be started on 9th October 2012. Erghh, what a horror date -_- By the way, here is my present :) I like the corak of the paper bag. Well, I like polka dots. So, I'll be back soon after my PMR. But wait! After the PMR, I'll be going to Legoland with my teachers and friends! Woohooo :D Roh menziarahi kubur dan rumahnya
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, "Ketika seorang mukmin meninggal dunia, maka rohnya berputar-putar di sekitar rumahnya selama 1 bulan. Roh ini dapat melihat harta benda yang ditinggalkannya, bagaimana cara hartanya dibagi? Dan bagaimana hutang-hutangnya dibayar? Ketika telah sampai masa satu bulan, roh kembali ke kuburnya, ia berputar-putar sampai dalam masa satu tahun dari kematiannya, dan ia dapat melihat orang yang mendoakan dirinya, ia juga bisa melihat orang yang bersedih atas kematiannya. Setelah satu tahun, roh diangkat ke tempat kumpulnya para roh sampai hari kiamat, iaitu hari ditiupnya sangkakala."
***********************************
Seperti yang dikatakan oleh Ibnu Abbas RA, pada waktu hari Raya, hari Asyura, hari Jumaat yang pertama kali bulan Rejab, malam pertengahan bulan Sya'ban, malam Lailatul Qadar, serta malam Jumaat, keluarlah roh-roh orang yang sudah mati, mereka lalu berdiri di pintu rumahnya masing-masing, seraya berkata, "Kasihanilah kami di malam ini yang penuh berkah dengan bersedekah. Jika kamu bakhil, tidak mahu memberi sedekah, maka ingatlah kepada kami dengan banyak membaca fatihah di malam yang penuh berkah ini. Apakah ada salah seorang dari kalian yang mengasihi kami? Apakah ada salah seorang di antara kamu yang masih ingat pengembaraan kami? Wahai orang yang berdiam di rumah kami! Wahai orang yang menikahi isteri kami! Wahai orang yang menempati luasnya gedung kami! Kami sekarang berada dalam kesempitan kubur, Wahai orang yang membagi harta kami! Wahai orang yang masih ingat pengembaraan kami! Buku kamu masih digelar. Tidak ada pakaian bagi mayat dalam kuburnya, maka kamu jangan lupa kepada kami dengan sepotong rotimu untuk bersedekah dan doamu. Sesungguhnya kami masih memerlukan kamu untuk selamanya".
Kalau mayat itu mendapatkan sedekah dan doa dari keluarganya, maka ia akan kembali dengan penuh kegembiraan. Sebaliknya jika ia tidak mendapatkan sedekah atau doa dari keluarganya, maka ia akan kembali dengan bersedih hati, sepertinya telah putus hubungan dengan keluarganya. ABAH, I miss you. Can you come into my dreams again? :'( Result ohh shalalalalaaaa
So kawan-kawan, siapa calon PMR tahun nie? Result trial korang macam mana? Btw, lagi berapa hari je lagi kan nak PMR. Aiseyy, seram *lap peluh Wanna tell about my result :) Result mula-mula dapat 4A4B. Then cikgu cakap boleh check kat laman web kementerian tapi aku tak tau apa laman web tu. Aten cakap dia tau, so dia pun rajinkan tangan untuk check. Untunglaa semua nombor IC budak kelas ada kat tangan kau kan Aten? Iloveyou lahh! Check punya check, esoknya dia bagitau aku. Dia cakap aku dapat 5A3B. What? Tak percaya boleh? Mengapa mengapa?
Bila tiba cikgu keluarkan ranking dalam sekolah, aku tengok-tengok................ *bunyi cengkerik. Whoaaaaa! Aku dapat 6A2B laa sehh! Tak ku sangka tak ku duga! Melonjak-lonjak aku dibuatnya. Time tu pulak waktu Pendidikan Jasmani, memang tersengih je laa aku :D
Semalam pergi kubur. Aku teringat pulak dulu setiap kali aku balik :
Aku : ABAH! Adik dapat markah 90 lebih :) *tunjuk kertas periksa
Terngiang-ngiang lagi kata-kata tu kat telinga aku. Aku betul-betul rindu kat abah. Kalau aku dapat B, abah selalu pesan usaha lagi. Tapi inilah first time dalam form 3, aku dapat 6A. It is for you abah :')
Aku bermonolog sendiri dalam hati. Dengan harapan abah ada kat situ and dengar isi hati aku.
*Hargailah orang tua kalian selagi mereka masih hidup :'/
Ohh kawan :')
Assalamualaikum. Orang ramai sibuk update kat Facebook and Twitter pasal raya.
~Berlalu laa sudah Ramadhan, sebulan berpuasa. Lalalaa ~ Erghh! Da kenapa? Tak menyabar sangat nak raya -_-' Sampai satu orang nie : Lebih elok ucap selamat hari raya bila sudah smpai masanya. Sebab Syawal tanda kemenangan kita melalui Ramadhan :)Ok statement ini terbaik. Tapi adakah Aidilfitri tahun ini bermakna bagi aku? Ermm ~ Persoalannya, kenapa aku biarkan gambar dua orang budak kat atas tu sedangkan aku cerita benda lain? K aku cuma nak protes sikit, tak sabar benar nak raya -_-' Mereka di atas sana tu suka buat yang aneh-aneh semata-mata nak kasi aku ketawa. Why friends? Frust ke tengok muka teging aku kat sekolah haaa? Ada laa satu hari tu, actually kelmarin, time rehat tu aku keluar kelas kejap nak cari angin. Bukan nak makan k. Aku keluar je, aku nampak muka budak dua tu dekat bangunan yang bertentangan dengan bangunan kelas aku. Diorang panggil aku tapi aku buat tak endah. Bila aku da turun bawah je, Ecah panggil aku dari atas. Aku pandang atas, diorang suruh aku baca apa yang tertulis kat kertas yang diorang pegang tu. Cik kakak sekalian, mana laa aku nampak. Mata aku nie agak kekaburan sikit. Jadi apa yang aku buat? Sikit pun aku tak senyum masa tu. So aku blah gitu je. Lagipun aku sebenarnya tak suka orang buat aneh-aneh kat aku or buat kejutan yang konon-konon nak terkejutkan aku -_-' Time balik, aku buka beg nak simpan kertas soalan exam. Tiba-tiba ada kertas da siap stapler. Tebal sikit laa. Aku selak-selak. Aku tersengih kott sorang-sorang masa tu. Aneh-aneh je laa budak dua nie. Bila da turun tangga, aku cari diorang. Aku nampak Fara. Aku pergi kat dia, aku senyum lebar-lebar kat dia. Dia pun melonjak laa, kononnya da berhasil buat aku tersenyum. So, apa yang diorang tulis?
Tak lupa buat yang sentiasa bersama aku, Iqa, twinnie muchuk muchuk babyHEART. Terima kasih berkongsi kegembiraan dan kesedihan dengan aku. Terima kasih sebab selalu ada dengan aku. I love you so much :* Dialah ABAH :'(
Assalamualaikum. Sebagai permulaan entry ini, mohon semuanya luangkan masa satu minit sahaja untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abah saya, Ponidi bin Kadir. Al-Fatihah ~
Amin ya rabb ~ Ahad - 12 Ogos 2012 / 23 Ramadhan 1433 - 1:30am Pada hari, tarikh dan masa tersebut saya telah kehilangan seorang insan gagah perkasa yang bergelar ABAH. Insan yang gagah itu telah meninggalkan keluarganya di dunia ini dan kembali kepada Yang Maha Esa. Innalillahi wainna ilaihi roji'un ~ Ya Allah :'( Semuanya bermula pada hari Khamis - 9 Ogos 2012. Ketika arwah pulang dari pusat haemodialysis, arwah mula mengadu sakit-sakit badan. Kelihatan bahagian hadapan, kanan badannya bengkak berbanding bahagian kiri. Pada malam itu, arwah minta diurut dan ketika itu juga arwah berbual dengan saya. Rindukan suaranya itu :'( Abah : Adik ada belajar kan dekat sekolah, bahagian ini apa? Jantung ya? Tiba-tiba terdetik di fikiran bagaimana keadaan arwah nenek saya (ibu kepada arwah). Meskipun ketika itu saya masih lagi seorang anak kecil, tapi saya sudah tahu apa yang dialami oleh arwah nenek. Tak silap saya ketika itu di hospital, saya mendapat tahu arwah nenek sakit kerana ada sejenis lendir di dalam kepalanya. Sedih sekali melihat keadaan arwah pada ketika itu. Umi cakap arwah tidak mahu dibawa ke hospital. Saya terus menangis setelah arwah abah bertanya tentang paru-parunya. Tapi mengapa tidak sedikit pun saya terfikir untuk memberitahu perbualan itu kepada umi dan abang? Jika tidak, pasti akan segera dibawa ke hospital. Masih terngiang-ngiang di telinga tentang pesanan arwah. "Adik sama abang belajar rajin-rajin ya" Saya mula berfikir, apa yang arwah katakan pada ketika itu. Mengapa? Keesokan harinya iaitu pada hari Jumaat - 10 Ogos 2012, seperti biasa arwah akan ke dapur untuk menemani umi membuat kuih. Kebiasaannya arwah akan membantu apa yang dia mampu tapi umi kata ketika itu arwah tidak larat untuk membuat apa-apa. Arwah berkata, "Lepas nie abang da tak boleh tolong umi lagi. Macam mana ye?". Jadi umi suruh arwah berehat saja di dalam bilik. Malam tu keadaan arwah jadi semakin parah. Ya Allah, saya terasa takut sangat akan kehilangan arwah pada ketika itu. Lalu saya berdoa : Jumaat - 11 Ogos 2012 - 7:30am, umi call ambulance untuk ambil arwah di rumah. Keadaan arwah sudah terlalu lemah. Tak sangka yang doktor sendiri tak tau kenapa dengan arwah sebenarnya. Satu perkara yang saya perasan, tangan kanan arwah kalau disentuh atau diangkat sikit je, arwah akan memekik. Seperti merasakan kesakitan yang amat sangat. Tak sanggup dengar suaranya mengerang kesakitan. Ya Allah :'( Malam tu arwah dimasukkan ke ICU. Keadaannya sudah kritikal. Umi hantar saya pulang ke rumah, saya ada trial PMR, jadi saya kena study. Pukul 11, umi call suruh bacakan Yaasin untuk abah. Abang cakap arwah nazak ketika itu. Ya Allah, berderai air mata. Segera saya, abang dan makcik pergi ke hospital. Saya mendesak nak masuk jugak wad ICU tu walaupun hakikatnya hanya dibenarkan masuk 2 orang je. Pada ketika itu, saya hanya mampu berdoa, "Ya Allah, jika benar Engkau mahu mengambilnya daripada kami, permudahkanlah urusan matinya Ya Allah. Janganlah Engkau memberi kesakitan kepadanya" Setelah lama menunggu, jam menunjukkan pukul 1:30am. Doktor : Maaf puan. Nampaknya da takde harapan lagi. Kami da tak boleh nak tolong. Saya tak mampu nak buat apa-apa masa tu. Cuma mampu menangis, mengharapkan dia kembali, tidak mungkin sama sekali. Saya merenung alat pengesan nadi, berharap agar alat itu menunjukkan sesuatu yang positif, barangkali jantung abah boleh kembali berdegup. Tapi semua itu tidak mungkin berlaku. Nyawanya telah diambil oleh malaikat maut. Abah, adik tak sempat nak minta ampun dari abah. Adik banyak salah kat abah. Adik minta maaf bah :'( Abah, adik nak tunjukkan slip peperiksaan adik kat abah. Mungkin adik boleh dapat 8A. Tapi abah da takde. Abah, adik menyesal bantah cakap abah, tak hiraukan pesanan abah selama nie. Abah, kalau diberi kesempatan adik nak jumpa abah lagi sekali je bah. Adik nak peluk abah, nak minta maaf kat abah, nak cium abah puas-puas. Adik nak jumpa abah. Boleh tak bah? Abah tengah tengok adik kan bah? Adik tau :'( Abah, abah seorang ayah yang terbaik pernah adik jumpa dalam dunia nie. Abah segala-galanya dalam hidup adik. Abah kuat, tegas, penyayang, berdisiplin, baik, pemurah. Banyak sifat mulia yang ada pada abah. ABAH, I LOVE YOU SO MUCH <3 *Kematian boleh datang bila-bila masa sahaja. Sayangi laa ibu bapa kalian dan dengar laa nasihat mereka selagi mereka masih hidup dan berada di sisi kalian. Nobody's perfect :')
Assalamualaikum. Wengg wengg wenggg.. Tengok jam couple kat atas nie. Simple tapi cantik kan? Aku search kat Google image je padahal. Bila aku nampak je gambar jam nie, "WHOAAA~" Kalau laa aku dapat jam nie, hahaa. Tapi sayang, saya tiada couple punnn adoiii ~ K abaikan pasal jam tu. Saja je nak cuci mata kat Google image tadi. Bosan yang amat. Mata da layu nie sebenarnya. Tapi, aku belum solat Subuh lagi *sempat pulak tu update. Sebenarnya semalam ada something kat Facebook yang menyakitkan hati. Cuma... Takpe laa, tak nak cerita. Bulan puasa, tak perlu laa mengaibkan orang yaaaa :D Da masuk hari ke-15 kita berpuasa ye dakk? Alhamdulillah. Semoga di bulan Ramadhan yang mulia nie ramai umat Islam yang berubah ke arah kebaikan. Abaikan laa kata-kata sumbang daripada mulut orang yang menyumbang suaranya yang sumbang tu untuk memperlekehkan niat baik kita nak berubah. Anda faham? A : Aii dulu bukan main jahat, sekarang baik pulak. Ada apa-apa ke nie? Lain macam je. See, aku tak tau apa masalah orang yang tak boleh nak tengok orang berubah ke arah kebaikan. Tak salah kan kita nak berubah jadi baik? Kang orang tu jadi jahat gila, bunuh kau kang sia-sia. Bila orang tegur tu, ubah laa sikit ye. Memang aku tak perfect sangat BAIKnya. Tapi kita perlu mencuba untuk jadi yang terbaik. Kan kan kan? Semoga di bulan yang mulia ini, umat Islam bertaubat kepada penciptanya :') Pertandingan Kawad Kaki
Assalamualaikum. Semalam kat sekolah ada buat pertandingan kawad kaki. See the hamper, we got second place for NGO categories. Tahun nie memang tak fighthing dengan my twinnie sayang sebab Kadet Pertahanan Awam termasuk dalam kategori GO. Actually memang pakat nak bersungguh-sungguh gila laa dalam kawad and kalau boleh nak target nombor satu. Macam mana pun, kita kena laa bersyukur atas apa yang Allah berikan kepada kita. Ye dakk? Someone said, "Nie laa BFF! Plan nak dapat nombor satu sama-sama. Sekarang dapat nombor dua pun sama-sama" Hahaa, proud of it laa :P Pendek kan dia? Headgear aku je yang tinggi sebenarnya. Chopp! Kenyataan dia memang pendek laa. Nak buat macam mana >_< Haa, lagi. Terserlah ketinggian aku. Actually semalam memang tak banyak snap gambar. Rasa macam tak sempat sangat sebab lepas pertandingan kawad je ada kawad kawalan untuk sambut YB. Ohh si budak sengal nie pinjam baju aku sebenarnya. Ngekk kau! Pulang cepat! Hehee. Kenapa kau tinggi sangat haa? Gambar kat atas tu semua nampak ketinggian aku. Sekarang nie terserlah pulak kependekan aku. What spoil! -_-' Kawalan kehormatan. Pakyee, kena berdiri lebih dari setengah jam kott. Lutut da laa puzzle. Sakit gila boleh tak? Adoii, lepas keluar baris je aku terus urut-urut lutut aku. Somebody help me! Shahid dengan Shazril makin mengutuk aku punya lutut ada laa. Spoil! However, aku puas hati laa dengan kemenangan dalam pertandingan kawad kaki nie. Even dapat nombor 2, sekurang-kurangnya dapat menyemarakkan lagi semangat ahli kadet St. John Ambulance ;) |